Tuesday, January 18, 2011

Tiada Hari Tanpa Air Mata

Kehidupan yang penuh liku, penuh tanda tanya, dan penuh kejutan itu sudah pasti mengundang deraian air mata tanpa henti ini..bukan pertama kali aku tumpahkan air mata untuk menghayati kisahku ini..hari ini sahaja entah yang berapa kalinya aku mengalirkan air mata mengenang nasib yang tidak ada sudahnya itu..apa perlu ku terus begini? sungguh meruntun jiwaku..kadang kala aku tersenyum, mengerutkan dahi, marah, dan menangis terlalu sedih..hari-hariku dihujani dengan deraian air mata, dikejutkan dengan pelbagai perasaan..tiada apa yang boleh mengganggu tumpuanku kepada jalan cerita ini..drama Korea yang menjadi pujaan hatiku, sinetron Indonesia yang mengundang pilu itu, dan novel kisah cinta yang penuh dengan derita..kegilaan ini tiba-tiba memuncak..tanpa henti melayani kehebatan lakonan dan tulisan cinta itu..apa tidaknya, asyik menghayati kesedihan yang dicipta penuh realiti..pasti menangis, membengkak mata..maka, itu la, tiada hari tanpa air mata..Lucu pun ada mengenangkan diri ini dibuai "syok sendiri gitu"..

No comments:

Post a Comment