Thursday, March 25, 2010

TEATER SRI MERSING...best!!! mantap!!!


Sinopsis:
Merah, anak Damak, singgah di Mersing dalam perjalanan pulang ke Pahang, dari menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa ayahnya sangat melarang beliau pergi ke Mersing. Beliau hanya tahu bapanya pernah mempunyai hubungan dengan gadis yang bernama Sri Mersing. Hajatnya di sambut baik oleh Sri Mersing dan anaknya Sri Melati. Namun, tidak pada sebahagian orang kampung terutamanya yang menyebelahi Bentayan, anak Penghulu Mersing.
Sri Mersing menceritakan kembali mengenai ayah Merah, Damak yang merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damak menyelamatkan Sri Mersing dari diculik, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut. Ayah Sri Mersing, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik kehilangan Sri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya, namun Damak tetap membawa diri dari kampung tersebut.


Merah juga menerima nasib yang sama seperti ayahnya turut difitnah. Kedatangan Merah ke Sri Mersing sangat tidak disenangi oleh orang yang berkepentingan di situ tetapi amat disambut baik oleh kampung yang mengharapkan perubahan berlaku di Mersing apatah lagi Merah juga mempunyai pengetahuan agama yang baik. Namun, Merah juga mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan mencurahkan bakti pada anak negerinya sendiri.


Plot cerita kedatangan Merah dan cerita asal Sri Mersing akan bergerak seakan selari namun di pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka, Damak dan Merah akan pulang semula ke Pahang. Sesungguhnya naskhah Sri Mersing ini akan mengimbau suasana kehidupan Melayu suatu ketika dahulu dan juga filem klasik Sri Mersing itu sendiri.

 
Pelakon/Artis:


Damak ADI PUTRA


Sri Mersing ELLY MAZLEIN


Pak Malau A. GALAK


Awang Sulong YUS RAJA LAWAK


Merah HAIRI ANAK WAYANG


Sri Melati LEEZ ROSLI (AF)


Bentayan RUSDI RAMLI


Siantan MELISA SAILA


Tambak JEP (SEPAH)


Jalak Lenteng SHUIB (SEPAH)


Pak Sireh DATO’ MUSTAPHA MAAROF


Sri Mersing Semasa DATIN HJH.ROSNANI JAMIL


Penghulu ABU BAKAR JUAH


Mak Dara AZIZAH MAHZAN


Penghulu Lancang Kuning OSMAN JUPRI


Siti Payung MARDIANA BT ALWI


Deli MUTALIF ABU BAKAR




wow..mmg best teater ni taw...sy sangat sangat sangat teruja..n enjoy!!!!

No comments:

Post a Comment